KETIKA SENYUMMU BERPERI II
Ada cerita dalam ceriamu
mengundang seribu persoalan
dan aku jadi malu meneka
dalam diam yang panjang
kerana aku tidak mahu
senyummu yang manja itu
lenyap disapa resah
yang payah kita lafazkan
menjadi sebuah jalinan
persahabatan
Aku tahu, senyum itu
bukan untukku,
tapi aku mahu berkali
menghayatinya
menjadi pengubat rindu!
Sunday, September 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sdra jafar cinta itu trlalu mudah dtg dan pergi, jgn biarkan cinta itu pergi tanpa restu perasaan salam.
Post a Comment