Wednesday, November 19, 2008

JEJAK...


CINTA PELAKAR KATA


Bagaimana dapat aku nyatakan
keresahan yang panjang
merantai dengan keluh yang ampuh
hingga menjerut aku tanpa nafas,

Aku jadi kelu mentafsir
tawamu yang hilang
dalam derai hujan semalam
lalu aku kedinginan
menghitung detik kenangan
yang semakin kaku.

Aku sedar,
rasa ini
hanya dari
seorang pelakar kata
dalam kecintaan
yang telah padam!

4 comments:

dahirisaini said...

suka tengok u dan orang rumah, nampak cool dan happy, semoga bahagia selamanya.....ssalam,

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

salam sudara Jaafar, teruskan memblog....bagus...teruskan....

saya sentiasa memerhati perkembangan penulis Sarawak melalui IT.. :-)

Farmilla Hamdi said...

Kirmkan juga doa tuan dan puan untuk kami

Farmilla Hamdi said...

Sila panjang2 kan