Ja’afar Haji Hamdan
PERTEMUAN III
(bicara singkat bersama M. Nasir)
Salam sapa
menjemput sinis mesra
pada diam
sedangkan, aku
antara malu dan mahu
berbicara seketika
bertanya soal perjuangan
yang telah kamu taburkan
di jalan-jalan ilhammu.
Secara mulus
suara kesedaranmu itu
sekadar singgah
mengisi alun makna
dengan kumandang lagu
serta lirik puisi
kemanusiaan
Lantas, katamu,
kita hanya mampu
menjadi besar
setelah kita punya
rasa yang juga besar!
Pertemuan itu cukup bererti
apabila senyummu kembali
mengukir seni peribadi!
Dewan Wawasan,
Kubang Pasu, Kedah
28 Julai 2007
PERTEMUAN III
(bicara singkat bersama M. Nasir)
Salam sapa
menjemput sinis mesra
pada diam
sedangkan, aku
antara malu dan mahu
berbicara seketika
bertanya soal perjuangan
yang telah kamu taburkan
di jalan-jalan ilhammu.
Secara mulus
suara kesedaranmu itu
sekadar singgah
mengisi alun makna
dengan kumandang lagu
serta lirik puisi
kemanusiaan
Lantas, katamu,
kita hanya mampu
menjadi besar
setelah kita punya
rasa yang juga besar!
Pertemuan itu cukup bererti
apabila senyummu kembali
mengukir seni peribadi!
Dewan Wawasan,
Kubang Pasu, Kedah
28 Julai 2007
No comments:
Post a Comment